Tuesday, September 1, 2009

AL-FATIHAH: DATO HJ JAMIAN MOHAMAD


Al-Fatihah...

Dato Hj Jamian Mohamad, Ketua UMNO Cawangan Mandor Wahid telah kembali ke rahmatullah pada 7.00pagi 25/08/09 bersamaan dengan 4 Ramadhan di KPJ Selangor Medical Center Shah Alam. Jenazah telah dikapan dan sembahyangkan di Kelana Jaya dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang


Seluruh warga UMNO Caw Mandor Wahid amat merasai kehilangan pemimpin tempatan yang juga tokoh politik dan ahli korporat yang dihormati


Al-Fatihah

Tuesday, September 9, 2008

Sambutan Kemerdekaan UMNO Cawangan Mandur Wahid ( Pertandingan Mencipta & Menulis Kata-kata Patriotik 2008) MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA

video

Puteri UMNO Aktif

Atas pimpinan yang baru, Puteri UMNO Cawangan di bawah pimpinan Datin Fadhlina Md Esa telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 51 pada 17 Ogos 2008. Berbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan menjahit manik, pertandingan congkak, dam dan catur untuk kanakkanak.Bagi menceriakan lagi program itu, pertandingan merebut kerusi dan skipping kanak-kanak dan dewasa turut diadakan.

Fokus utamanya adalah pertandingan menjahit manik yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja penyertaan dari ahli puteri dan wanita cawangan bahkan juga dari cawangan-cawangan yang berhampiran.

Hadiah utama adalah wang tunai RM300, penginapan untuk dua orang selama dua hari di Hotel Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur dan hadiah iringan berupa pakaian dan peralatan memasak.Pemenang tempat kedua dan ketiga menerima wang tunai dan peralatan memasak.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua UMNO Cawangan Mandur Wahid, Datuk Jamian Mohamad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Sg Mandor Wahid 2008








Pada 3 Ogos 2008, UMNO Cawangan Sg Mandor Wahid telah menjalankan Persidangan Agung Tahunan 2008 dengan jayanya bertempat di perkarangan rumah En Kadiran Hj Kassim dan dirasmikan oleh ADUN Sg Burong, YB Dato Hj Shamsudin Bin Lias.

Dengan kehadiran ahli seramai 82 orang, persidangan kali ini menyaksikan beberapa perubahan pemimpin di peringkat Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri. Pemilihan tahun ini dijalankan dengan baik dan memenuhi tatacara persidangan. Diharap barisan kepimpinan peringkat cawangan yang baru dapat bersatu berganding tenaga bersama-sama ketua-ketua sayapnya dan ahli jawatankuasa serta ahli-ahlinya dalam penggal baru ini.Penekanan isu utama bagi penggal 2008-2011 ialah bilik gerakan cawangan.Banyak lagi isu yang akan dibentangkan waktu mesyuarat ahli jawatankuasa pertama bagi penggal ini.

Terima kasih kepada ahli-ahli yang telah hadir untuk menjayakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Sg Mandor Wahid Tahun 2008

Monday, September 8, 2008

SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana melayari dan memilih laman web ini sebagai wadah media alternatif anda. Pembaca bebas untuk menulis sebarang komen asalkan komen tersebut tidak menyentuhkan isu-isu sensitif seperti isu agama. Komen yang berbaur perkauman dan mempunyai unsur hasutan akan dihapuskan. Terima kasih atas sokongan anda dan selamat memberi komen.

Galeri Mandur Wahid - Program Merdeka 2008