Tuesday, September 9, 2008

Puteri UMNO Aktif

Atas pimpinan yang baru, Puteri UMNO Cawangan di bawah pimpinan Datin Fadhlina Md Esa telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 51 pada 17 Ogos 2008. Berbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan menjahit manik, pertandingan congkak, dam dan catur untuk kanakkanak.Bagi menceriakan lagi program itu, pertandingan merebut kerusi dan skipping kanak-kanak dan dewasa turut diadakan.

Fokus utamanya adalah pertandingan menjahit manik yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja penyertaan dari ahli puteri dan wanita cawangan bahkan juga dari cawangan-cawangan yang berhampiran.

Hadiah utama adalah wang tunai RM300, penginapan untuk dua orang selama dua hari di Hotel Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur dan hadiah iringan berupa pakaian dan peralatan memasak.Pemenang tempat kedua dan ketiga menerima wang tunai dan peralatan memasak.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua UMNO Cawangan Mandur Wahid, Datuk Jamian Mohamad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

No comments:

Galeri Mandur Wahid - Program Merdeka 2008