Tuesday, September 9, 2008

Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Sg Mandor Wahid 2008








Pada 3 Ogos 2008, UMNO Cawangan Sg Mandor Wahid telah menjalankan Persidangan Agung Tahunan 2008 dengan jayanya bertempat di perkarangan rumah En Kadiran Hj Kassim dan dirasmikan oleh ADUN Sg Burong, YB Dato Hj Shamsudin Bin Lias.

Dengan kehadiran ahli seramai 82 orang, persidangan kali ini menyaksikan beberapa perubahan pemimpin di peringkat Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri. Pemilihan tahun ini dijalankan dengan baik dan memenuhi tatacara persidangan. Diharap barisan kepimpinan peringkat cawangan yang baru dapat bersatu berganding tenaga bersama-sama ketua-ketua sayapnya dan ahli jawatankuasa serta ahli-ahlinya dalam penggal baru ini.Penekanan isu utama bagi penggal 2008-2011 ialah bilik gerakan cawangan.Banyak lagi isu yang akan dibentangkan waktu mesyuarat ahli jawatankuasa pertama bagi penggal ini.

Terima kasih kepada ahli-ahli yang telah hadir untuk menjayakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Sg Mandor Wahid Tahun 2008

2 comments:

Anonymous said...

aku sunguh teruja bila tgk orang-orang melayu dengan sopan santun dan berbudi pekerti menjunjungkan perjuangan UMNO yang telah subur dalam jiwa rakyat Malaysia khususnya orang melayu ler...
teruskan perjuangan mu kawan, jgn terpedaya dgn tipu helah pembangkang yang hanya pandai menabur janji kepada rakyat-rakyat Malaysia.
Berpegang kepada apa yang diperjuangkan.. lihat seperti aku.. UMNO tetap DULU KINI & SELAMANYA

Anonymous said...

Saudara duduk di mana.? sedangkan berok dihutan sungai burong pun mengamuk akibat daripada ketamakan dan kerakusan pemimpin-pemimpin umno yang tidak mengenang jasa rakyat...

ini bermakna pemikiran saudara lebih terok daripada berok...

Kalau 50 tahun dahalu memang rakyat tahu UMNO berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara... tetapi kini UMNO hanya mengumpul harta sendiri dan gila kuasa sehingga menafikan hak rakyat....

Sebenarnya perjuangan UMNO telah jauh menyimpang... RAKYAT MALAYSIA sudah tidak mahu UMNO, kerana pemimpin-pemimpinnya yang penuh dengan skandal SEKS...

Galeri Mandur Wahid - Program Merdeka 2008